Monday, 19 September 2011

Selagi Syawal Masih Bernyawa

Salam buat semua, lama tak muncul...Syawal masih bernafas...SALAM EID MUBARAK BUAT SEMUA...MAAF ZAHIR DAN BATIN.....IKHLAS DARI Buluh Gading- Aspirasi Misi Bervisi..

Tuesday, 9 August 2011

Semester Kedua Bakal Bermula

Salam untuk semua,
Kita menghampiri hari-hari terakhir SEMESTER RAHMAT, dan sehari berselang untuk kita melanjutkan pengajian kita ke semester berikutnya iaitu SEMESTER PENGAMPUNAN....bagaimana agaknya prestasi kita pada semester pertama??? Terserah kepada CANSELOR YANG MAHA AGUNG ALLAH SWT...Semuga kita terus diberi kekuatan untuk terus berjuang dalam Universiti ini sehingga ke akhirnya...YA ALLAH, KURNIAKAN KEPADA KAMI KEKUATAN AGAR DAPAT KAMI MENAMATKAN PENGAJIAN KAMI DENGAN SEBAIK MUNGKIN....DAN TEMUKANLAH KAMI DENGAN RAMDHAN-RAMADHAN YANG AKAN DATANG....AAMIIN YA RABBAL A'LLAMIIN....

Tuesday, 2 August 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam untuk semua,

Dah lama tak update blog, sibuk dan menyibukkan diri mungkin....apapun bersempena kehadiran Universiti Ramadhan Al-Mubarak..mohon ampun dan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata dan tutur bahasa...moga kita sama-sama beroleh keberkatan......universiti ini menawarkan pelbagai program ibadah cuma untuk satu semester setahun. (sebulan sahaja)...Kelayakan masuk ke universiti juga terbuka kepada semua umat Islam....dan yang paling hebat sama ada kita mendapat PHD, Sarjana atau Sarjana Muda, ia tertakluk kepada Canselor Yang Maha Esa - Allah SWT...Jadi sama-samalah kita berlumba untuk mendapat keberkatan dalam universiti ini...dan untuk saya, Alhamdulillah kalau pada konvokesyen nanti saya dapat menggenggam Ijazah Sarjana Muda Keampunan Kelas Pertama....Insha Allah....

Amir Affendy Mohd

CERITA CINCIN 24 JUTA...ANDA NILAILAH SENDIRI

CERITA CINCIN 24 JUTA...ANDA NILAILAH SENDIRI
 
 
Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.


Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.
 
Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.

Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


Sila klik gambar ini untuk melihat imej penuh borang K2

Antara maklumat yang tertera dan dapat dibaca mengikut turutan (dan juga 'case sensitive') ialah;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Ini menimbulkan keraguan pada borang kastam K2 yang digunakan untuk menyelamatkan Imelda Rosmah. Anda lihat betul-betul, seolah-olah ada cop yang bertindan dua kali. Tunggu siri pendedahan akan datang sedikit masa lagi. Pendedahan yang akan memperincikan segala kepincangan borang K2. Kita tinggalkan dulu keraguan ini, bak lagu nyanyian Vanessa William hasil nukilan Phil Galdston - "Save the Best for Last".

Berbalik kepada pegawai kastam di atas. Setelah diusul periksa dengan keterbatasan maklumat yang diperolehi, dapat dikenalpasti melalui laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang telah dikemaskini hingga bulan Julai 2011, bahawa Abd Najid sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan. Daripada maklumat online tersebut, 'Aras 9 Selatan' merujuk kepada alamat Putrajaya kerana maklumat nombor telifon pejabatnya yang berpangkal 03-888X XXXX. 

Lihat printscreen di bawah, dan disertakan juga pautan-pautan dari mana datangnya printscreen tersebut;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/muat-turun/finish/5/533


Keratan di bawah ini pula maklumat yang juga menunjukkan Abd Najid bertugas di bawah Cawangan Perkhidmatan/Latihan yang juga tertera nombor sambungan sepertimana keratan di atas;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/qcontacts/233-cawangan-perkhidmatanlatihan-latihan/611-abd-najid-b-abdul-razak

Bukankah perkara berbangkit ini menimbulkan keraguan? Siapa sebenarnya Abd Najid ? Adakah Abd Najid merupakan pegawai yang sepatutnya menurunkan tandatangan le atas borang K2 tersebut, sedangkan beliau bukan dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang yang berpejabat di KLIA ?

Imej printscreen bersama pautan-pautan di laman rasmi KDRM (yang diupdate hingga bulan Julai 2011) seharusnya menjadi satu petunjuk betapa ragunya nama pegawai yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan pada borang K2. Tidakkah Cawangan Pemeriksaan Penumpang mempunyai pegawainya sendiri untuk meluluskan borang K2 tersebut? Atau adakah kerana suatu misi sulit, terpaksa mengimport pegawai dari cawangan lain dari Putrajaya untuk kelulusan borang kastam K2 ?

Untuk pengetahuan, perakuan K2 dilakukan di kargo KLIA untuk eksport berkapasiti kargo manakala untuk kapasiti 'hand carry' pula, terdapat kaunternya dalam lapangan terbang KLIA itu sendiri. Diyakini kaunter itu juga menempatkan pegawai bertugas untuk memberi pengesahan borang K2 dan seterusnya pelepasan eksport dengan menandatangan borang kastam K2 sepertimana yang dilakukan oleh Abd Najid.

Kita rakyat berhak merasa curiga di atas kepincangan demi kepincangan yang tidak dapat dielakkan ketika 'kemungkinan' cubaan menipu untuk menyelamatkan VVIP tertentu kerap berlaku. Cukup-cukuplah kita lebih 50 tahun ditipu, kini dengan teknologi maklumat, dengan adanya maklumat, dengan kekuatan maklumat, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

Sebagai penutup, ingin saya ulang pendirian dalam entry ini. Nama Abd Najid dilibatkan dalam entry ini kerana nama tersebut tertera dalam borang kastam K2 yang kita bincangkan. Tiada niat untuk mempersenda si penama, tetapi hanya menampilkan maklumat di atas keterbatasan maklumat. Ini kerana terdapat usaha untuk menghalang daripada maklumat diperolehi dengan mudah, sedangkan maklumat itu sepatutnya tiada masalah untuk didedahkan demi kepercayaan rakyat ke atas agensi-agensi terpenting kerajaan. Ia termasuklah agensi polis, imigresen, SPR dan juga termasuklah kastam.

Nilaikanlah setiap maklumat itu dengan kebijaksanaan yang telah dikurniaNya. Tok Kaduk sudah habis zamannya, Pak Pandir makin bijaksana, Lebai tidak lagi malang. Ayuh bersama ombak perubahan.

Wednesday, 8 June 2011

KHAIRY CUBA BELA NAJIB

Risik anak PM kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

NONESambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

NONEAnak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

ucsi integrity congress 160910 dzulkeflyKhairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.

Ulasan BG

Tidak sukar untuk membaca kesungguhan Khairy dalam membela Najib..sifirnya mudah, menang pemilihan sebagai Ketua Pemuda tapi tak dapat jadi menteri....jadi kesungguhan membela Najib ketika ini akan memberikan kredit kepada Khairy untuk dilantik ke jawatan menteri.. 

Tan Sri Ani Arope Dedahkan Skandal TNB

IPP: Najib harus jelaskan subsidi gas RM131.3 bilion

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope mengenai skandal subsidi gasyang mengakibatkan negara menanggung kos sebanyak RM131.3 bilion.

“Najib harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh Ani Arope berhubung skandal subsidi minyak ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bekas CEO TNB itu mendedahkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Lim berkata, Ani Arope sanggup memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, nPowertek dan Malakoff semasa pentadbiran mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (Independent Power Producer – IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.


Menurut Lim, Ani Arope turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenang- wenangnya.

Ani Arope menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

Margin simpanan elektrik tertinggi di dunia

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujar Setiausaha Agung DAP itu.

Menurutnya lagi, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkakan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

“Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011,” katanya.

Beliau berkata TNB dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut.

Katanya, ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

“Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi.

“Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus ‘membayar’ bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” tambahnya. -FMT


Ani Arope blames high power tariffs on ‘Economic Plundering Unit’

KUALA LUMPUR, June 3 — Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago.

Ani said EPU, which he sarcastically dubbed "Economic Plundering Unit", forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh.

Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB’s national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year.

“You don’t need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike — just revisit the terms given to some IPPs,” Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago.

“With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one’s capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU — Economic Plundering Unit,” he added, mocking the economic unit under the Prime Minister’s Department.

Ani called for a review of the original terms with the IPPs as the storm over energy price deals continues to build up.

DAP publicity chief Tony Pua cited today Ani’s 2006 interview with English daily, The Star, to increase pressure on the federal government to declassify the power purchase agreements (PPAs) inked between TNB and the IPPs.

Ani caused a stir 15 years ago when he chose to resign from his executive chairman post rather than sign the imbalanced deals, which saw the first generation of IPPs created, such as YTL Power Services, Powertek and Malakoff during the Mahathir administration.

“TNB is the whipping boy. TNB has no control of the price it has to pay to the IPPs. Get to the source of the problem,” said the Penang-born who turned 79 on May 17.

The Najib administration has been savaged for allegedly protecting the interests of IPPs rather than the public.

Putrajaya announced the 7.12 per cent hike in electricity rates in an effort to trim a subsidy bill that would otherwise double to RM21 billion this year and promised the hike will not affect 75 per cent of domestic consumers.

But power prices will now rise by as much as 2.3 sen per kWh in areas taking TNB’s electricity supply, a potential source of public anger just ahead of a general election expected within the year.

The Star daily reported today the government was close to inking a deal for a 1,000 MW coal-fired plant in Manjung which will charge 25 sen/kWh. -TMI


 


Ulasan BG

Ayuh kita bongkar semua penyelewengan sebelum PRU 13....

Monday, 6 June 2011

Khir Toyo Menunggu Masa Untuk di Bebaskan

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan mantan menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan namun ia ditunda hingga Rabu ini.

Katanya, ini bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Penangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan perkembangan terbaru itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini.

"Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima,” kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu.

Pada 6 Disember lalu, Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -tvsnews


Ulasan BG

Kalau nama BN tak payah cakap banyakla, maka akan terbukti tidak bersalah..di Malaysia ni hanya puak-puak Pakatan Rakyat saja yang bersalah...