Salam untuk semua,
Dah lama tak update blog, sibuk dan menyibukkan diri mungkin....apapun bersempena kehadiran Universiti Ramadhan Al-Mubarak..mohon ampun dan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata dan tutur bahasa...moga kita sama-sama beroleh keberkatan......universiti ini menawarkan pelbagai program ibadah cuma untuk satu semester setahun. (sebulan sahaja)...Kelayakan masuk ke universiti juga terbuka kepada semua umat Islam....dan yang paling hebat sama ada kita mendapat PHD, Sarjana atau Sarjana Muda, ia tertakluk kepada Canselor Yang Maha Esa - Allah SWT...Jadi sama-samalah kita berlumba untuk mendapat keberkatan dalam universiti ini...dan untuk saya, Alhamdulillah kalau pada konvokesyen nanti saya dapat menggenggam Ijazah Sarjana Muda Keampunan Kelas Pertama....Insha Allah....
Amir Affendy Mohd
pergh!
ReplyDeletesangat2 lah ilmiah nyer blog abg ni..
selitkanlah unsur2 humour abg tu, tk le dry sgt utk dibaca nnt, hehe..