Wednesday, 8 June 2011

KHAIRY CUBA BELA NAJIB

Risik anak PM kahwin: Diam jika tiada bukti, kata KJ
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan bagi menghadri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) di Astana telah dirancang setahun lebih awal dan tidak kena mengena dengan lawatan peribadinya, dakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

NONESambil membidas ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang membuat dakwaan itu, Khairy berkata dalam twitter adalah lebih baik pemimpin PAS itu “mendiamkan diri kecuali jika beliau mempunyai bukti”.

Dzulkefly yang juga adalah ahli Majlis Jawatankuasa Pusat PAS pada sidang medianya semalam berkata adalah salah dari segi moral bagi Najib dan keluarganya menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan mereka merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

“Perancangan lawatan PM ke Kazakh dibuat lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Malah ia sebagai lawatan balas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia semasa zaman Pak Lah,“ katanyanya merujuk kepada lawatan President Nursultan Abishuly Nazarbayev ke Malaysia pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad badawi menjadi perdana menteri.

NONEAnak gadis Najib, Nooryana Najwa dijadual berkahwin dengan seorang pembesar Kazakhstan.

Menjawab tweet lain, yang menuduh Khairy cuba mempertahankan salah laku Najib, beliau berkata “ Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa. Saya pegawai kanan Umno dan bercakap bagi pihak parti saya.”

Dzulkefly pada sidang akhbar semalam berkata tindakan Najib itu tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Katanya, ini pula bukan pertama kali dan semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Najib dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

ucsi integrity congress 160910 dzulkeflyKhairy juga berkata tindakan Dzulkefly menyebarkan pembohongan keji itu adalah tindakan yang terdesak.

“Saya sangka Dr Dzul lelaki baik. Tak sangka beliau sanggup buat pembohongan yang sebegitu keji dan sebegitu terdesak memutar-belitkan cerita,” tulisnya.

Dzulkefly (kanan) yang kemudiannya menyertai 'perang' di twitter itu menggesa Khairy supaya “menyoal gerak hatinya” jika beliau tidak faham isu yang ditimbulkannya.

Beliau juga mengulangi cerita khalifah Umayyad Umar Abdul Aziz, yang pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya dan hanya menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam untuk urusan rasmi manakala jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Isu itu “dari segi moral amat jelas,” kata Dzulkefly sambil mempertahankan hujah yang diluahkannya semalam.

Ulasan BG

Tidak sukar untuk membaca kesungguhan Khairy dalam membela Najib..sifirnya mudah, menang pemilihan sebagai Ketua Pemuda tapi tak dapat jadi menteri....jadi kesungguhan membela Najib ketika ini akan memberikan kredit kepada Khairy untuk dilantik ke jawatan menteri.. 

Tan Sri Ani Arope Dedahkan Skandal TNB

IPP: Najib harus jelaskan subsidi gas RM131.3 bilion

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pendedahan mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope mengenai skandal subsidi gasyang mengakibatkan negara menanggung kos sebanyak RM131.3 bilion.

“Najib harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh Ani Arope berhubung skandal subsidi minyak ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bekas CEO TNB itu mendedahkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Lim berkata, Ani Arope sanggup memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, nPowertek dan Malakoff semasa pentadbiran mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (Independent Power Producer – IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.


Menurut Lim, Ani Arope turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenang- wenangnya.

Ani Arope menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

Margin simpanan elektrik tertinggi di dunia

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujar Setiausaha Agung DAP itu.

Menurutnya lagi, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkakan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

“Sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011,” katanya.

Beliau berkata TNB dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut.

Katanya, ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).

“Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand. Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi.

“Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus ‘membayar’ bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” tambahnya. -FMT


Ani Arope blames high power tariffs on ‘Economic Plundering Unit’

KUALA LUMPUR, June 3 — Former Tenaga Nasional Berhad (TNB) chief executive Tan Sri Ani Arope is blaming the Economic Planning Unit (EPU) for rising electricity tariffs, saying the powerful agency forced the national power company to sign lopsided purchase deals nearly 20 years ago.

Ani said EPU, which he sarcastically dubbed "Economic Plundering Unit", forced Tenaga to buy electricity from an independent power producer (IPP), believed to be Genting Sanyen, at 14 sen per kilowatt hour (kWh) despite an existing offer of 12 sen/kWh then; other IPPs then were charging 16 sen/kWh.

Genting Sanyen became the first IPP to transfer 15 million watts (MW) in electricity to TNB’s national grid on April 15 and is scheduled to complete a RM1.8 billion upgrade on its existing gas-fired plant with a capacity for 720 MW by June next year.

“You don’t need to go to a fanciful business school to figure out why we need a tariff hike — just revisit the terms given to some IPPs,” Ani, who helmed the utility company between 1990 and 1996, said in his last Facebook posting three days ago.

“With the take-or-pay clause and with the 40 per cent excess reserve that we have today, one only has to produce half of one’s capacity and be paid 80 per cent of the agreed capacity. Well done the then-EPU — Economic Plundering Unit,” he added, mocking the economic unit under the Prime Minister’s Department.

Ani called for a review of the original terms with the IPPs as the storm over energy price deals continues to build up.

DAP publicity chief Tony Pua cited today Ani’s 2006 interview with English daily, The Star, to increase pressure on the federal government to declassify the power purchase agreements (PPAs) inked between TNB and the IPPs.

Ani caused a stir 15 years ago when he chose to resign from his executive chairman post rather than sign the imbalanced deals, which saw the first generation of IPPs created, such as YTL Power Services, Powertek and Malakoff during the Mahathir administration.

“TNB is the whipping boy. TNB has no control of the price it has to pay to the IPPs. Get to the source of the problem,” said the Penang-born who turned 79 on May 17.

The Najib administration has been savaged for allegedly protecting the interests of IPPs rather than the public.

Putrajaya announced the 7.12 per cent hike in electricity rates in an effort to trim a subsidy bill that would otherwise double to RM21 billion this year and promised the hike will not affect 75 per cent of domestic consumers.

But power prices will now rise by as much as 2.3 sen per kWh in areas taking TNB’s electricity supply, a potential source of public anger just ahead of a general election expected within the year.

The Star daily reported today the government was close to inking a deal for a 1,000 MW coal-fired plant in Manjung which will charge 25 sen/kWh. -TMI


 


Ulasan BG

Ayuh kita bongkar semua penyelewengan sebelum PRU 13....

Monday, 6 June 2011

Khir Toyo Menunggu Masa Untuk di Bebaskan

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan mantan menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan namun ia ditunda hingga Rabu ini.

Katanya, ini bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Penangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan perkembangan terbaru itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini.

"Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima,” kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu.

Pada 6 Disember lalu, Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -tvsnews


Ulasan BG

Kalau nama BN tak payah cakap banyakla, maka akan terbukti tidak bersalah..di Malaysia ni hanya puak-puak Pakatan Rakyat saja yang bersalah...

Sabu dan Mahfuz di Barat dan Utara, Husam di Timur, Salahuddin di Selatan

Husam: PAS akan lakar pelan kemenangan jelang pilihan raya
KUALA LUMPUR: Naib Presiden baru Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, semalam berkata pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan ke arah mempersiapkan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13.

Ia adalah antara beberapa rangka merealisasikan tema muktamar PAS, 'Membangun Negara Berkebajikan', yang baru tamat, lapor laman berita rasmi PAS, semalam.

Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang jawatan naib presiden itu, Datuk Husam dipetik oleh laporan laman berita Harakah Daily sebagai berkata bahawa perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan yang sesuai dengan peranan masing-masing.

'Kita akan adakan pelan kemenangan, iaitu setiap dewan akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda, yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi,' katanya di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, Gombak, dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas kemenangannya pada pemilihan pemimpin PAS kali ini, beliau menganggap ia sebagai satu kemenangan yang bersifat kolektif.

'Kemenangan ini turut memperlihatkan bahawa tidak timbul isu ulama terhakis kerana dalam PAS tidak berlaku perbezaan dan kami tidak merasakan ada keganjilan. Isu ini sengaja diada-adakan pihak luar yang ada agenda,' jelasnya.

Datuk Husam, yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan, menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS.

'Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz (Omar) dari Utara, Salehudin (Ayub) dari Selatan dan saya dari Timur.

'Kami perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggung jawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kami mempunyai kesempatan berbincang di semua peringkat bagi membantu kemenangan,' katanya lagi.

Beliau turut menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana.


Ihsan Kelab Greenboc

Ulasan SBG:

Pengikut akar umbi PAS sebenarnya memberi gambaran yang mereka mahukan lebih ramai profesional dalam PAS. SBG pula berpendapat, PAS bolehla memulakan langkah untuk meramaikan lagi golongan profesional yang berpendidikan agama.....maksud SBG golongan yang berpendidikan tinggi dalam kedua-duanya....Bakal Presiden Pas akan datang perlu dipilih dari golongan ini....

Friday, 3 June 2011

Penyokong UMNO Menyangka Dirinya Berada Di Jalan Yg Lurus.

Penyokong UMNO Menyangka Dirinya Berada Di Jalan Yg Lurus.
Agama & Cara HidupAlat Perkakas UMNO.  Perjuangan Islam atau Perjuangan Bangsa ???  Apakah perjuangan bangsa ...suatu perjuangan yang lurus yang diperjuangkan oleh Muhammad Rasulullah.  Kalau ini pun ko tak boleh nak jawab....ko boleh ciao laa.

Sudah agak lama...Panglima tidak membicarakan hal-hal politik.  Tetapi....harus diingatkan. !! Sarang tebuan jangan dijolok.


Ada anonymous yang berfahaman UMNO menghantar ayat di bawah ini kepada Panglima7.  Dengan kata-kata "Kalau budak tadika boleh laa engkau putarbelitkan.MasyaAllah !!!....Wahai Anonymous yang menyanjungi UMNO......Tang ayat ini....ko dah betul dah.  Memang ko dah betul dah...bila ko jumpa dan baca ayat ini.  Tapi malangnya....semalang-malangnya engkau....engkau berada di dalam Parti yang Bathil, Parti yang Taghut.  Kalau tak tahu makna taghut...ko pergi cari maknanya.  Parti yang mendirikan berhala.....Parti yang berkiblatkan Hukum yang selain dari agamanya sendiri......Parti yang menghukum tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW dan Al-Quran....Parti yang tidak menyeru manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa tetapi menyembah bangsa.  Parti yang menyemarakkan Fitnah di kalangan rakyat.  Parti yang zalimmm dan meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.   Parti yang mengaku Islam tetapi hanya dikulit-kulit pungungnya sahaja.

Kelak di akhirat nanti......engkau akan menyesal dengan sesesal sesal penyesalan kerana mengikuti mereka dengan hawa nafsumu tanpa menggunakan akal fikiran dan keimanan.  Jika dah berpuluh tahun engkau berada di dalam UMNO....tetapi tidak menjadikan engkau seorang yang baik lagi dekat dan tawadhuk dengan Allah.....maka periksalah kembali jalanmu kiranya Parti UMNO yang engkau pilih ini..benar2 TIDAK mendekatkan dirimu kepada Sang Pencipta Alam ini. Bahkan makin jauh dan makin dekat dengan maksiat dan rasuah.   Semoga suatu hari ...engkau diberi hidayah oleh Allah SWT.....

Ini dia ayat itu.

 Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: “Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)”. (Al Hijr 14-15) 
 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al Araf 179) 
 
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!(Al Ahzab 66-68) 

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya.(Surat al-Qasas, 41-42) 

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): “Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman”. 
(Lalu dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab”. (Surat az-Zukhruf, 36-39)
 
Ihsan dari Selatan Online

SEKADAR RENUNGAN - TAZKIRAH JUMAAT

Dua Kisah Menarik Dari Kuliah Ustaz Uwais Qarni.

Berikut merupakan dua insidenh yang menarik untuk direnungi oleh orang yang beriman mahupun yang tidak beriman. Satu kisah tentang dosa fitnah walaupun sekadar disuarakan di dalam hati manakala satu kisah lagi ialah tentang kesan pandangan terlarang.


Insiden pertama, peristiwa melekatnya tapak tangan si pemandi mayat pada kemaluan mayat perempuan yang dimandikannya. Kisah ini berlaku pada zaman Imam Malik. Apabila insiden aneh itu berlaku, seseorang telah berjumpa dengan Imam Malik untuk mendapatkan pandangannya. Apakah kemaluan mayat itu perlu dihiris atau tangan si pemandi mayat itu yang harus dipotong?

Apabila diminta pandangannya, Imam Malik menyuruh ditanyai si pemandi itu sama ada dia telah melakukan sesuatu perkara yang salah dari segi agama. Setelah diajukan soalan itu, lalu terlintaslah jawapan dalam ingatan perempuan si pemandi mayat itu. Katanya bahawa semasa dia membasuh bahagian kemaluan mayat itu, datang terlintas satu fitnah di hatinya iaitu dia merasakan kemaluan mayat  ini agaknya banyak melakukan maksiat semasa hidupnya.

Apabila disampaikan jawapan perempuan ini kepada Imam Malik, lantas Imam Malik menghukumnya qazaf atas fitnahnya tanpa saksi itu. Lalu dijatuhkan sebat sebanyak 80 rotan ke atas pemandi mayat itu. Apabila selesai menerima hukuman, terlepaslah tangannya yang melekat  pada kemaluan mayat tadi.

Moral daripada kisah itu ialah betapa besarnya dosa fitnah. Kalau dalam hati pun sudah dikira berdosa, apalagi perbuatan manusia mutakhir ini yang sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan fitnah. Fitnah sudah jadi seperti sarapan waktu pagi. Selamba sahaja manusia membuat fitnah. Allah tidak menyegerakan balasan kepada pemfitnah adalah sebagai satu bala. Sama seperti Allah tidak menyegerakan bala terhadap Firaun. Allah beri pemfitnah hidup sepuas-puasnya di dunia transisi ini kerana di akhirat sana Allah telah menyediakan balasan yang amat dahsyat dan kekal abadi.

Insiden  kedua pula berlaku terhadap Imam Syafie yang terkenal kerana mampu menghafal  al-Quran sejak berusia 6 tahun lagi. Suatu ketika beliau telah hilang sebahagian daripada hafalannya hanya kerana terpandang betis seorang wanita secara tidak sengaja. Kesilapan yang tidak disengajakan pun telah melunturkan ilmunya. Bagaimanakah pula kita pada hari ini yang penuh maksiat dari siang hingga malam?  Agaknya mungkin ada yang berkata bahawa dia lebih hebat daripada Imam Syafie kerana walaupun pelbagai maksiat dilakukan, tidak pula hilang ingatannya. Mustahil kita lebih hebat daripada Imam Syafie. Yang sebetulnya; ingatan kita tidak hilang setelah melakukan maksiat kerana tiada sesuatu ilmu yang bermanfaat pun  dalam kepala kita. Jadi macam mana mahu hilang kalau memang kepala sudah kosong. 

Moralnya ialah maksiat membawa banyak kesan negatif dalam kehidupan harian kita. Hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya kerana ketiadaan ilmu. Kesan negatif itu adalah bala di dunia. Di akhirat kelak, sama-samalah kita maklumi sendiri.
 
Ihsan dari Selatan Online

Thursday, 2 June 2011

Berpuisi Di Pagi Jumaat

Tiba-tiba saya terkenang sebuah puisi yang pernah saya deklamasikan pada tahun 2004 sempena Konsert Kesenian Islam Madrasah Al-Ikhlas Taman Subang SS/3 Petaling Jaya...saya cuma akan mendeklamasikan sajak yang pada saya punyai jiwa, maksudnya dari bait-bait sajak tersebut hati dan jiwa kita tersentuh tatkala membaca apalagi mendeklamasikannya....saya tidak tahu siapa penulisnya dan saya mohon maaf kerana mendeklamasikan naskhah berharga sdra/i dan paparkan pula dalam blog ini...semuga pemunyanya mendapat rahmat..Sajak ini saya dedikasikan buat isteri saya yang tercinta MARIA dan juga buat tatapan wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang mendambakan suami dan isteri solehah...tajuknya saja bisa menyentuh jiwa...

~WANITA ....akalnya senipis rambut~

Jangan dikatakan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Kepada mereka kita memanggil ummi, isteri dan puteri,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah dan gelisah,
masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.


Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,  
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan Nya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka derita. Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah punca kekuatan dunia!!!

Akalnya senipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan.
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan.
Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Lelaki, jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra,
andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna...

Wednesday, 1 June 2011

Perasmian Muktamar Pemuda berbau kempen?

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan.

Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

'Jangan nilai kepetahan pidato saja'

Kira-kira hampir 700 perwakilan termasuk hadirin bagaimanapun menonton dengan penuh khusyuk tayangan tersebut.

Manakala, dalam buku ucapan dasar yang diedarkan kepada wartawan, Nasrudin juga turut menyentuh berhubung pemilihan kepimpinan parti di pelbagai peringkat.

Beliau berkata Islam mengajar supaya dipilih pemimpin yang "layak, mampu dan beramanah".

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata.

"Sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertakwa," katanya.

Tegasnya, pemilihan tersebut usah dijadikan kesempatan untuk bersengketa tetapi dijadikan sebagai peluang "untuk merapatkan jurang, mengimpal retak, menjalin ukhwah, membina persefahaman dan menyatukan fikrah".

"Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksanakan ikatan batu-bata, membangun menara kukuh gah di persada juang,"katanya. -mk
Ihsan Kelab Greenboc