Thursday, 2 June 2011

Berpuisi Di Pagi Jumaat

Tiba-tiba saya terkenang sebuah puisi yang pernah saya deklamasikan pada tahun 2004 sempena Konsert Kesenian Islam Madrasah Al-Ikhlas Taman Subang SS/3 Petaling Jaya...saya cuma akan mendeklamasikan sajak yang pada saya punyai jiwa, maksudnya dari bait-bait sajak tersebut hati dan jiwa kita tersentuh tatkala membaca apalagi mendeklamasikannya....saya tidak tahu siapa penulisnya dan saya mohon maaf kerana mendeklamasikan naskhah berharga sdra/i dan paparkan pula dalam blog ini...semuga pemunyanya mendapat rahmat..Sajak ini saya dedikasikan buat isteri saya yang tercinta MARIA dan juga buat tatapan wanita-wanita dan lelaki-lelaki yang mendambakan suami dan isteri solehah...tajuknya saja bisa menyentuh jiwa...

~WANITA ....akalnya senipis rambut~

Jangan dikatakan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Kepada mereka kita memanggil ummi, isteri dan puteri,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah dan gelisah,
masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.


Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,  
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan Nya, janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka derita. Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah punca kekuatan dunia!!!

Akalnya senipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaannya selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya, mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan.
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan.
Jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
Lelaki, jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra,
andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

Terimalah wanita dengan seadanya, kerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia. Semuanya penuh makna...

No comments:

Post a Comment